Pages

Showing posts with label vcoa treenea. Show all posts
Showing posts with label vcoa treenea. Show all posts

Wednesday, 12 June 2013

KEPENTINGAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK IBU HAMIL & BAYI





Minyak kelapa dara (VCO) diiktiraf sebagai 'functional food' (makanan yang membekalkan komponen kesihatan melebihi komponen untuk tenaga) dan bebas kolestrol amat disarankan diambil sebagai tambahan dalam menu harian bagi setiap wanita yang sedang hamil atau menyusukan bayi.


Kandungan 50% lemak tepu aktif (asid laurik) dalam VCO memberikan nutrien serupa dengan susu ibu serta bersifat antivirus, antibakteria dan antikulat/fungus semulajadi terbaik, manakala 6% asid kaprik dalam VCO pula berperanan meningkatkan antibodi dan keupayaan melawan jangkitan penyakit. Kajian mendapati ibu2 yang mengambil makanan berasaskan minyak kelapa akan meningkatkan 2-3kali ganda nutrien asid laurik dan asid kaprik dalam susu badan mereka. Justeru anak yang disusui mendapat manfaat optimum dan membesar dengan lebih sihat kerana sistem imunisasi badan lebih kuat.

Selain membekalkan tenaga segera yang mencegah rasa letih dan mengantuk, pengambilan VCO pada peringkat awal kehamilan juga membantu mengurangkan 'morning sickness' iaitu loya dan muntah di awal pagi atau alahan yang teruk. Ini kerana VCO berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah. 

Bagi mereka yang pernah keguguran atau sukar mengandung juga disarankan mengambil VCO sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat kerana kelebihannya mengawal paras hormon dan kesuburan serta meningkatkan metabolisme badan. Proses bersalin secara normal juga menjadi lebih mudah dan lancar serta mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).

Pengambilan VCO oleh ibu2 hamil juga akan mengurangkan sembelit/buasir yang sering dihadapi kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan. Selain diminum/makan, ia juga boleh disapu pada perut, peha dan punggung untuk mengelakkan kesan regangan (strechmark). Lakukan ia secara rutin bermula pada pertengahan usia kehamilan. Kulit yang mendapat kelembapan dan kelembutan sepenuhnya akan mengurangkan tanda2 strechmark. Sapu juga pada betis dan kaki bagi mengelakkan kekejangan dan rasa tegang. VCO adalah pilihan paling baik untuk digunakan sebagai minyak urut bagi rawatan ibu2 dalam pantang. Sapuan pada luka bersalin juga akan mencegah jangkitan kuman, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkan parut.

Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihataN).
"Minyak Kelapa Dara juga amat sesuai dijadikan sebagai losyen pada kulit untuk setiap peringkat umur, tanpa mengira usia." 




*Khasiat Minyak kelapa dara juga berkait rapat dengan khasiat meminum air kelapa muda

Jom order VCOA TREENEA !! 

HUBUNGI : 

SMS/WHATSAPP : 014 8466814
PM FB PAGE : nurbeautyforever85

COD SEKITAR BANDAR KUANTAN


Saturday, 18 May 2013

My Testimoni With SNE and Miracle Tab

Assalamualaikum dan selamat malam...
Malam ni saye nak share dengan korang mengenai pengalaman saye dan jerawat. Bercakap pasal jerawat nih memang mimpi buruk laa bg yg pernah mengalaminya. 
Yang kulit memang dah licin tuh..bersyukur laa yek. Rezeki korang dapat kulit licin dan gebu..tp yang ade jerawat byk tuh jangan mengeluh..maybe ade hikmahnye..

Saye dapat jerawat nih maybe sebab ade resdung. Since kat matriks...banyak gile jerawat tumbuh..yang bernanah tuh sumer ade laa...jeles betol tengok kawan-kawan yg kulit licin tuh..tak perlu berhabis duit nak beli segala macam produk. Daripada yang murah kpd yang mahal sumer ade laa. Pernah jugak amik antibiotik dengan pakar kulit. Nama die doxicyclin(x ingat da ejaan die mcm mane). Amik dalam 6 bulan. Dalam mase 6 bulan tuh ok laa...jerawat tak tumbuh..tpkan bile dah name antibiotik tuh..mesti laa tak bagus bile amik dalam jangka mase yg lame. Stop je amik antibiotik tuh..terus byk blik jerawat tumbuh. 

Bile dah ade banyak jerawat nih, memang ramai laa orang yang tegur. "Nape muke tu??"...eii, tak nampak ke ade jerawat..tanye pulak nape. Mak sedare suggest basuh dengan air sirih..mule2 je semangat nk buat..then lame-lame jadi malas nk carik sirih tuh..leceh pun ade. 

Sampai laa jumpe dengan produk SNE. Sempat laa amik SNE Kapsul & Beutskin Essence selama sebulan then terpaksa stop BE sebab pregnant ( Maybe jugak sebab amik SNE Kapsul dan Beutskin Essence cepat pregnant..memang dah ade testimoni.. BE terpakse stop sebab ia mengecut dan membersihkan rahim)  So teruskan je laa dengan SNE Kapsul..mule-mule takut jugak nak amik SNE Kapsul mase pregnant. Then my upline cakap memang bagus pon untuk baby. (amik skali dengan WIS D untuk perkembangan otak baby).Mase nih jerawat memang ade banyak lagi..huh... i hate u jerawat.

Then tergerak hati nak cube Miracle Tab yang kazen jual..kulit die mmg cantik..jeles2. huhuhu..mule2 pakai Tab Soap ngn HD Essence je..try test..then die kate amik AWF sekali untuk kecutkan jerawat ngn pudarkan jerawat.Dalam pada masa yang sama amik SNE Kapsul ngn TREENEA VCOA jugak (sbg supplement dalaman)..My upline kate amik SNE secara istiqamah untuk dapatkan kesan yang terbaik. Kesan terhadap individu berbeza..

Then...ni results lepas amik SNE Kapsul, Set miracle tab, dan Treenea VCOA.


Gambar pertama tu dalam bulan Februari tahun ni (sila abaikan mata panda tersebut dan gambar tidak diedit langsung)....sangat berpuas hati dengan semua produk ni walau pun tak dapat kulit yang gebu tp jerawat dah tak de tu memang syukur sangat laa kan...sekali sekala sapu jugak sne kapsul tuh pada muka untuk hilangkan jerawat dan pudarkan parut. =) Yang penting tak payah pakai foundation bile jmpe customer...hihihi

Lagi satu suke dengan SNE Kapsul sebab ia turunkan paras gula dalam badan. Bulan 4 aritu my sister bertunang. Banyak la makan makanan manis sebab ade candy buffet. Segala macam kek ngn coklat ade. Sedap2 pulak tuh..makan tak hingat dunia. Tak hingat yang awak tuh ade keturunan kencing manis...huhuhu..


Kebetulan minggu tu pi minum air gula untuk check kandungan gula dalam darah kat klinik. Lepas seminggu nurse call..die kate gula tinggi (rase nak nangis je bile dengar result tuh..) my upline suggest amik 4 biji SNE Kapsul. Lepas  seminggu check gula lagi..Alhamdulillah result antara 4 hingga 5 je (sejam sebelum amik darah tuh minum kopi kat black canyon..hihihi). Kali ke 2 check gula pon result mantain  4 -5 sahaja. Syukur..

Saye jugak perasan semenjak amalkan pengambilan SNE Kapsul, masalah resdung dah kurang (alhamdulillah)..kalau tak pagi-pagi mesti terbersin..then berhingus..mate, hidung n telinge selalu gatal. Merah-merah mate sebab selalu gosok..hidung pon dah jadik lembik...huhuhu..

Insyaallah saye akan teruskan pengambilan SNE Kapsul dan lepas bersalin nanti nak teruskan pengambilan Beutskin Essence. Walau pun sedikit mahal, tapi kesihatan lebih diutamakan. Dah tak mau alami jerawat dan resdung yg teruk lagi. Lagi pun tiap2 bulan dapat bonus daripada SNE Marketing. Just gune bonus tersebut untuk beli produk..bestkan... =)


*SILA MOHON KEBENARAN UNTUK COPY* PLEASE CREDIT TO 
http://nurbeautyforever.blogspot.com/



Sunday, 24 March 2013

HEALTH, BEAUTY & GRACE!



VCOAntioxidants adalah supplement alternatif yang terbaik bagi mendapatkan kulit yang sihat dan cantik selain menyihatkan tubuh badan. VCOAntioxidants diperbuat dari minyak kelapa dara 100% organic yang berkualiti tinggi, terdiri daripada 90% lemak tepu yang baik utk kesihatan.

DIANTARA KEBAIKAN VCOAntioxidants:
• menghilangkan parut jerawat & strecthmark
• kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak & juga kering
• melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dr sinaran matahari
• Mengurangkan jerawat & jeragat
• Mempercepat penggantian sel-sel mati dgn yg baru
• melambatkan proses penuaan
• mengatasi masalah kerosakan gigi
• melindungi tubuh drpd kanser payudara & kanser rahim
• mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
• melindungi diri dari serangan osteoporosis
• melegakan pernafasan (mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong)
• membunuh kulat, bacteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan)
• amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita
• melawaskan pembuangan air besar dan kecil
• memperbaiki pencernaan & penyerapan vitamin
• meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal, mental
• PMS lebih teratur
• Mengurangkan berat badan
• Mengurangkan tidur berdengkur



BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA :


sms/whatsapp : 014 8466814 (Nur Hidayah)
PM FB : nurbeautyforever
nurbeautyforever@gmail.com


Wednesday, 6 February 2013

KEBAIKAN VCO KEPADA IBU MENGANDUNG & IBU YANG MENYUSUKAN BAYI






 Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. 

 Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ (MCFA) dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid. 

 PENGAMBILAN & PEMAKANAN MINYAK KELAPA DARA JUGA : 
Membantu memudahkan mereka melahirkan anak DAN 
dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin. 

Minyak Kelapa Dara  juga amat sesuai dijadikan sebagai losyen pada kulit untuk setiap peringkat umur, tanpa mengira usia. Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihata). 

Kandungan lauric oil dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam MInyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segal virus, bakteria dan protozoa.

 Minyak Kelapa Dara  ini sangat sesuai bagi kegunaan luaran bayi anda yang berumur dari 1 hari hingga 6 tahun. Bahagian yang penting yang perlu disapu ialah kepala (rambut ), sendi-sendi, punggung dan bahagian yang mudah terkena serangan ruam lampin, kerengsaan kulit, juga bahagian leher dan dada bayi, (bahagian yang mudah mendapat ruam susu), kulit kering dan melecet. Anda tidak perlu bimbang kerana Minyak Kelapa Dara  ini tidak mengandungi sebarang toksin ataupun bahan kimia dan tidak merbahaya jika terkena mata bayi anda.


Untuk order or pertanyaan lanjut :

SMS/ WHATSAPP : 014-8466814 (NUR
HIDAYAH)

PM FACEBOOK


email : nurbeautyforever@gmail.com

isikan form di atas ( how to order)


credit to http://www.treenea2u.com

Wednesday, 30 January 2013

Kelebihan VCOA Treenea





Antara manfaat-manfaat Minyak Kelapa Dara: 

Masalah Resdung 
Minyak  kelapa dara adalah pembasmi kuman semulajadi. Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting Minyak kelapa dara. Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan Minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti resdung. 

Masalah Tiroid 
Minyak kelapa boleh membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid. Tidak kira samada ia mengidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Dalam kedua-dua kes minyak kelapa dapat memberi bermanfaat untuk masalah tiroid. Minyak kelapa dara dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik. Minyak kelapa dara juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma. 

Penjagaan Rambut 
Minyak kelapa merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat memberikan mereka kulit berkilau. Urutan kepala dengan minyak kelapa dara memastikan bahawa kulit kepala bebas dari kelimumur, kutu, dan telur kutu, bahkan jika kulit kepala anda kering. Minyak kelapa dara banyak digunakan di benua India untuk rawatan rambut. Ia merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Ini juga berkhasiat dan menyediakan protein penting yang diperlukan untuk rambut rosak. Oleh kerana itu digunakan sebagai minyak rambut dan digunakan untuk membuat pelbagai penyejuk dan krim mencegah kelimumur. Minyak kelapa dara disapu untuk rawatan rambut. 

Penjagaan Kulit 
Minyak kelapa dara amat baik untuk digunakan sebagai minyak urut dan pelembab kulit. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering. Manfaat minyak kelapa pada kulit adalah setanding dengan krim pelembab. Malah ia jauh lebih baik daripada krim pelembab kerana ia diserap kedalam kulit, tidak ada kesan samping pada kulit dengan penggunaan Minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas. Hal ini juga melambatkan proses penuaan dan berkurangnya keanjalan kulit yang biasanya menjadi kendur seiring dengan usia. Minyak kelapa juga membantu dalam merawat pelbagai masalah kulit termasuk psoriasis, dermatitis, eksim dan lain-lain jangkitan kulit. Oleh kerana itu minyak kelapa bentuk bahan dasar berbagai perawatan tubuh produk-produk seperti sabun, lotion, krim, dll, digunakan untuk rawatan kulit. 

Melewatkan proses Penuaan 
Minyak kelapa membantu dalam melewatkan proses penuaan awal dan penyakit degeneratif kerana sifat antioksidan semulajadi. 

Penyakit Jantung 
Ada salah faham yang tersebar di antara orang ramai bahawa minyak kelapa tidak baik untuk jantung. Ini kerana ia mengandungi sejumlah besar lemak tepu. Sebenarnya, Minyak kelapa dara memberi kebaikan untuk jantung. Ia mengandungi asid laurik sekitar 50% hingga 70%, yang boleh membantu dalam mencegah pelbagai masalah jantung termasuk kadar kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Lemak tepu yang terkandung di dalam Minyak kelapa dara tidak berbahaya seperti dalam minyak sayuran lain. Itu tidak menyebabkan peningkatan kadar LDL. Ia dapat mengurangkan timbulnya kecederaan di arteri dan membantu mencegah aterosklerosis. 

Masalah Berat Badan 
Minyak kelapa dara dapat membantu mengurangkan berat badann. Mengandungi asid lemak rantai sederhana yang membantu mengawal berat badan yang berlebihan. Minyak kelapa dara lebih mudah dicerna dan membantu masalah tiroid dan sistem enzim atau penghadaman. Seterusnya, meningkatkan metabolisma tubuh dengan menghilangkan tekanan pada pancreases, membantu pembakaran lemak untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dan membantu orang yang gemuk dan kelebihan berat badan dan membantu mengurangkan berat badan mereka. Itulah sebabnya, orang-orang yang tinggal di daerah pantai tropika, yang menjadikan minyak kelapa sebagai sumber makanan utama mereka, biasanya tidak mengalami masalah berat badan, obesiti atau kegemukan. 

Untuk Pencernaan 
Minyak kelapa dara membantu dalam proses sistem pencernaan dan dapat membantu mengelakkan masalah didalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar. Lemak tepu dalam Minyak kelapa dara memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain, yang menyebabkan gangguan didalam sistem pencernaan. Minyak kelapa dara juga dapat membantu penyerapan zat-zat lain seperti vitamin, mineral dan asid amino. 

Sistem imun atau Kekebalan tubuh 
Minyak kelapa amat baik untuk sistem kekebalan tubuh. Membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh kerana ia mengandungi lipid antimikrobial, asid laurik, asid kaprat dan asid kaprilat yang antikulat, memiliki sifat anti bakteria dan antivirus yang kuat. Tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu dalam menghadapi virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus, dan bahkan HIV. Ia membantu dalam memerangi bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes dan pylori heliobacter, dan protozoa berbahaya seperti giardia lamblia. 

Penyembuhan secara semulajadi 
Jika diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah kesihatan, membentuk lapisan kimia yang melindungi tubuh daripada jangkitan yang disebabkan oleh debu, kulat, bakteria dan virus yang tidak diperlukan oleh tubuh. Minyak kelapa dara yang paling berkesan pada luka kerana mempercepatkan proses penyembuhan dengan memperbaiki rangkaian yang rosak. Masalah Jangkitan minyak kelapa sangat efektif melawan pelbagai jangkitan kerana sifat-sifatnya antikulat, antivirus, dan antibakteria. Menurut sebuah Pusat Penyelidikan , Minyak kelapa membunuh virus yang menyebabkan influenza, campak, hepatitis, herpes, SARS, dll juga boleh membunuh bakteria yang menyebabkan sakit telinga, infeksi kerongkong, jangkitan saluran kencing, pneumonia, dan gonore. Minyak kelapa dara juga berkesan dalam mencegah kulat dan ragi yang menyebabkan candida, jangkitan kulat kronik, ruam lampin. 

Mencegah masalah Hati 
Kehadiran trigliserida rantaian sederhana dan asid lemak membantu dalam mencegah penyakit hati kerana zat yang mudah diubah menjadi tenaga apabila ia sampai ke hati, sehingga dapat mengurangkan bebanan pada hati dan juga mencegah penyimpanan lemak. 

Kencing Manis atau Diabetes 
Minyak kelapa membantu dalam mengawal kandungan gula dalam darah, dan meningkatkan penghasilan insulin. Ini dapat membantu dalam penggunaan glukos didalam darah dengan lebih berkesan, sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes. 

Untuk Tulang 
Seperti disebutkan sebelumnya, minyak kelapa meningkatkan kemampuan tubuh kita untuk menyerap mineral penting. Ini termasuk kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk menguatkan tulang. Dengan itu minyak kelapa dara membantu wanita yang terdedah kepada osteoporosis semasa mengalami proses monopos. 

Penjagaan Gigi 
Kalsium adalah unsur terpenting dalam gigi. Minyak kelapa dara dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh, membantu dalam mendapatkan gigi yang kuat. Minyak kelapa dapat membantu masalah kerosakan gigi. 

Untuk Kesihatan 
Minyak kelapa dara sering digunakan oleh para atlit untuk menguatkan tubuh dan mereka yang sedang mengamalkan diet. Ini kerana Minyak kelapa dara mengandungi kalori yang lebih rendah daripada minyak lain, kadar lemak yang mudah diubah menjadi tenaga dan tidak menyebabkan pengumpulan lemak pada jantung dan arteri. Minyak kelapa dara dapat membantu meningkatkan tenaga dan stamina, dan dapat meningkatkan prestasi atlit.


Untuk order or pertanyaan lanjut :

SMS/ WHATSAPP : 014-8466814 (NUR  
 
HIDAYAH)

PM FACEBO

email : nurbeautyforever@gmail.com

isikan form di atas ( how to order)

Apa itu VCO Antioxidant Treenea?


Salam semua..pernah dengar tak VCO Antioxidant TREENEA? Now saya salah seorang daripada dealer TREENEA VCO Antioxidant. Kelebihan TREENEA VCOA dari VCO biasa adalah tambahan vitamin A,D dan E yang sangat baik untuk rambut dan kulit.  So, kepada yang rasa VCO biasa kurang berkesan boleh cuba TREENEA ya.

VCO-Treenea kaya dengan Vitamin E (a-tocopherol), Vitamin A (retinol) dan vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Vitamin A dan E juga dipercayai boleh bertindak sebagai ejen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian penyelidikan menunjukkan ia berkebolehan mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan jantung. 

Apa kata pakar mengenai minyak kelapa dara?



"Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Paling Menyihatkan di dunia"
Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA

"Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasitsemulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit
" Dr. John J. Kabara, Professor Emeritus, Michigan State University and Consultant to Private Industries, Universities and Government Agencies, Galena, Illinois, USA.

"Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan
" Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA


Untuk order or pertanyaan lanjut :

SMS/ WHATSAPP : 014-8466814 (NUR  
HIDAYAH)

PM FACEBO

email : nurbeautyforever@gmail.com

isikan form di atas ( how to order)