Usus adalah antara organ yang sangat penting dalam badan kita kerana usus berfungsi:
1) untuk mencernakan makanan yang kita makan,
2) menyerap nutrien dan membekalkan nutrisi kepada badan kita.
Jika usus tercemar dengan toksin, kita mudah untuk dijangkiti penyakit kerana tubuh kita tidak mendapat nutrien yang mencukupi untuk meningkatkan tahap imunisasi badan. Toksin dalam badan terhasil daripada makanan yang tidak sihat (contohnya seperti makanan segera "fast food", makanan berminyak , dll), air & udara yang tercemar, racun yang disembur pada sayur, dll. Jadi kita wajib menjaga usus kita agar bersih daripada toksin supaya usus dapat berfungsi dengan baik.
Cara yang paling efektif untuk menjaga/mencuci usus adalah melalui proses detoks/penyaktoksik. Ada banyak produk di pasaran yang mendakwa produk-produk mereka mampu untuk membuang toksin dalam badan. Tetapi, bagaimana kita sebagai pengguna perlu tahu samaada produk-produk ini betul-betul berkesan bagi membuang toksin dalam badan kita? Apakah kandungan bahan yang terdapat dalam produk-produk detoks yang mampu melakukan proses pembersihan usus ini secara efektif dan berkesan? Jawapannya adalah bahan yang dinamakan SAPONINS di mana ia boleh didapati di dalam tumbuhan Aloe Vera.
Apa itu SAPONINS?
Bagi yang nak tahu, Saponins ini adalah buih semulajadi yang wujud dalam Aloe Vera. Hanya buihsahaja yang mempunyai kesan pembersihan yang sangat tinggi. Hari ini, tiada di kalangan kita yang basuh baju guna air paip, mesti nak guna sabun sebab sabun ada buih. Sebab ape? Sebab buih merupakan agen pembersihan yang berkesan. Nak cuci/detoks usus juga kena la guna bahan yang ada buih dan Allah SWT telah menjadikan Aloe Vera sebagai salah satu tumbuhan yang mempunyaiSaponins yang merupakan buih semulajadi yang mampu detoks usus kita dengan sangat efektif.
Merujuk pada gambar keratan rentas usus diatas (Gambar 2), saluran usus kita mempunyai bentuk seperti liang-liang bulu yang sangat kecil dan sangat rapat (bayangkan bulu-bula yang ada pada tuala mandi ataupun anda boleh membayangkan babat lembu/perut lembu bagi mereka yang menggemari memakannya) yang terjuntai di sekeliling inner diameter usus. Usus kita berbentuk seperti ini adalah bagi mempunyai luas permukaan yang tinggi bagi mempertingkatkan penyerapan nutrien dalam badan kita. Jadi, makanan-makanan yang tidak diurai/dicernakan dengan baik akan melekat, mendap dan menyumbatkan liang-liang bulu usus ini (Gambar 3).
Gambar 3: Toksin yang mendap di celah-celah liang bulu
Toksin-toksin yang telah mampat dan tersumbat dicelah liang-liang bulu ini hanya mampu diuraikan oleh molekul cecair yang sangat kecil dan mempunyai keupayaan untuk menyerap yang sangat tinggi. Oleh kerana molekul air (air yang biasa kita minum seharian) tersangat lah besar untuk masuk ke celah liang-liang bulu ini, maka air kosong/suam yang kita minum tak mampu untuk melarutkan dan memecahkan toksin-toksin yang terkumpul ini. Semakin lama ia terkumpul, semakin mampat toksin-toksin ini menutupi liang-liang bulu usus ini (Gambar 4) dan lama-kelamaan apabila mendapan ini telah padat maka toksin ini susah untuk dibersihkan, menyebabkan usus tak dapat mencernakan makanan dan menyerap nutrien dengan baik. Akibatnya sistem imun badan semakin lemah dan sistem badan amat mudah diserang penyakit.
Gambar 4: Toksin yang tersumbat dan menutupi liang-liang bulu usus
Di sinilah mineral Saponins berperanan. Saponins merupakan buih semulajadi yang mempunyai molekul yang sangat kecil (lebih kecil daripada molekul air) dan sangat banyak yang mampu menembusi di celahan liang-liang bulu usus. Saponins akan menembus, memecahkan dan menguraikan toksin-toksin yang terkumpul mampat (Gambar 5).
Gambar 5: Saponins menguraikan toksin-toksin yang telah padat
Setelah toksin diuraikan, toksin-toksin ini akan dikeluarkan dari liang-liang bulu usus ini dan kemudiannya akan di "flash-out" oleh air yang kita minum (sebagai agen flushing) melalui sistem perkumuhan badan (Gambar 6).
Gambar 6: Toksin yang telah terurai akan dinyahtoksin melalui sistem perkumuhan
Sebab itu pentingnya untuk kita amalkan minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari bagi membuang toksin-toksin yang telah diuraikan. Jika tidak, toksin ini berkemungkinan masih lagi berkumpul dalam usus kita atau mengambil masa yang lama untuk di buang dari badan kita. Detoksyang efektif akan memberi kesan positif dimana pembuangan najis akan menjadi lancar (tidak sembelit) dan badan akan lebih cergas apabila bangun daripada tidur.
Apa istimewanya Aloe Vera Gel Forever Living ni?
Okay ni saya nak story sikit. Aloe Vera Gel Forever Living merupakan pati Aloe Vera yang tulen.Forever Living merupakan syarikat pertama yang mendapat pengiktirafan cop mohor daripada IASC (International Aloe Science Committee) yang mengesahkan bahawa Aloe Vera Gel ini mempunyai kandungan Aloe Vera sebanyak 99.9%. Jadi nutrien Saponins ini memang terkandung di dalam botol Aloe Vera Gel Forever Living. Oleh itu pastikan sebelum kita membeli produk-produk yang mendakwa boleh detoks bagai, kita study sikit dulu pasal produk tersebut agar kita tidak tertipu dengan ayat-ayat manis yang dipromosikan. Akhir kata, jadilah pengguna yang bijak.
HARGA : RM90 (1 LITER)
HARGA AHLI : DISKAUN 15%
HARGA VIP : DISKAUN 35-48 %
klik sini untuk order dan pertanyaan
No comments:
Post a Comment