Forever Aloe Propolis Creme
Aloe Propolis Creme adalah hasil kombinasi dua jenis penawar semulajadi yang terkenal iaitu aloe vera dan propolis lebah. Apa itu Propolis?
Propolis berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud pelindung sarang, atau pelindung Bandar. Propolis adalah sejenis damar yang diambil oleh lebah daripada pucuk tumbuh-tumbuhan pada waktu pagi dan bercampur dengan lilin lebah, debunga dan air liur lebah. Lebah akan menyapukan propolis pada dinding dan kawasan dalaman sarang untuk memastikannya sentiasa berada dalam keadaan bersteril, iaitu bebas daripada sebarang kuman atau virus. Propolis juga merupakan bahan untuk membina , mengukuh, membaiki dan mengisi rekahan pada sarang lebah.
Propolis mengandungi semua jenis vitamin dan semua jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh kecuali vitamin K dan sulfur. Antibiotic yang terkandung dalam damar digunakan oleh lebah sebagai pelindung sarang dan seluruh koloni daripada serangan bacteria, virus dan kulat.
Apakah kebaikan propolis untuk manusia pula? Baiklah, ramuan utama yang terkandung dalam propolis adalah 34 jenis flavonoid, 15 jenis terpenes, lebih 20 jenis asid organic, 8 jenis enzim, 10 jenis kumpulan ester dan aldehid, 18 jenis asid amino, 20 jenis zat galian, pelbagai jenis vitamin, polisakarida dan lain-lain. Terlalu banyak kelebihan propolis, antaranya telah dibuktikan bahawa ia merupakan antibiotic semulajadi yakni antibakteria, virus dan kulat. Dengan mengamalkan pengambilan propolis ini diyakini dapat mengelakkan kulit yang terluka dijangkiti kuman.
Apakah pula kebaikan aloe vera? Kehadiran polisakarida (polysaccharide) dan monosakarida (monosaccharide) di dalam Lidah Buaya dapat melindungi kulit daripada penuaan dan membuatkan kulit kelihatan sentiasa muda. Daun ini dapat membantu dalam proses penghasilan kolagen yang membuatkan kulit kelihatan lebih muda dan anjal.
Daun Aloevera juga mengandungi kalsium yang dapat membantu dalam proses pembekuan darah. Ia dapat menghentikan pendarahan dengan meningkatkan keupayaan platelet di dalam tubuh. Pendarahan akibat luka atau kecederaan pada tubuh akan dapat dihentikan dengan segera.
Bukan itu saja, jika daun ini diekstrak dan digunakan didalam produk-produk kecantikan, ia mampu untuk menghilangkan jerawat, menghilangkan bintik hitam pada wajah dan menghilangkan ‘stretchmark’. Ini membuatkan mereka yang mengalami masalah ini tampil lebih berkeyakinan.
Oleh itu, gabungan propolis dan aloe vera ini sangat sesuai kerana ia mampu mengimbangi fungsi dan kebaikan satu sama lain. Bagi mereka yang mengalami kulit sensitive dan sering mengalami kegatalan, pemakaian krim Aloe Propolis ini amat disyorkan.. lebih elok digunakan bersama ALOE VERA GELLY
TESTIMONI
RETAIL PRICE : RM76
AHLI FOREVER : DISKAUN 15 %
AHLI VIP FOREVER : DISKAUN 35%
WHATSAPP +60148466814
TESTIMONI
RETAIL PRICE : RM76
AHLI FOREVER : DISKAUN 15 %
AHLI VIP FOREVER : DISKAUN 35%
WHATSAPP +60148466814
No comments:
Post a Comment